1 Set Fiqih al-Mu`tamad

Muhammad Az Zuhaili  

Reguler 25% OFF Rp. 1,320,000

Rp. 990,000

Stok Tersedia :

Depok 11

Bandung 2

Yogya 15

Malang 4

Medan 0

al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i (كتاب المعتمد في الفقه الشافعي) adalah antara kitab fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang terkini. Kitab ini adalah karya Prof Dr. Muhammad al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili (pengarang kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu). Beliau merupakan Dekan Fakulti Syariah & Pengajian Islam di Universiti al-Syariqah, Syria.

Kitab al-Mu’tamad ini mengandungi perbahasan lengkap mengenai permasalahan fiqh mengikut pandangan mazhab al-Syafi’i. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 2007, oleh Darul Qalam, Syria. Kandungan kitab ini terangkum dalam 5 buah buku (jilid).

Dalam penyusunan kitab ini, Dr Muhammad al-Zuhaili bersumberkan kepada pendapat yang rajih (القول الراجح) dalam mazhab. Namun begitu, kadang-kadang beliau memasukkan juga pendapat yang dianggap marjuh (القول المرجوح) atau dha’if (الضعيف) dalam mazhab al-Syafi’i, jika ianya bertepatan dengan pendapat dalam mazhab yang lain. Beliau juga ada menerangkan dalil-dalil setiap permasalahan hukum yang dibincangkan menurut mazhab al-Syafi’i. Bagi memastikan kitab ini memberi faedah yang besar kepada pembacanya, setiap permasalahan fiqh yang dibincangkan dilengkapi dengan sumber rujukan yang diterangkan di bahagian nota kakinya. Setiap ayat al-Quran dinyatakan nombor ayat dan surahnya, manakala setiap hadis dinyatakan takhrijnya secara ringkas dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis yang telah diterbitkan.

Perkara penting yang perlu diketahui oleh pembaca adalah tidak semua permasalahan fiqh yang dibincangkan oleh para ulama terdahulu di terkandung dalam kitab ini. Penyusun lebih menumpukan kepada permasalah fiqh yang sering berlaku dan sedang diamalkan dalam realiti masyarakat kini. Beliau meningggalkan permasalah fiqh yang jarang berlaku atau tidak diamalkan dalam masyarakat masa kini seperti hukum perhambaan (أحكام الرقيق والعبيد) dan sebagainya.